(Source: inthenameofallah, via fizziklyfit)
(via arruhuljadeed)
assalamualaikum.
jujur, soalan yang susah saya nak jawab,
ialah soalan tentang hati dan perasaan.
sebab apa,
sebab kita mungkin melalui benda dan perkara yang sama,
kita mungkin boleh berkongsi rasa,
dan mungkin boleh sama-sama mengakui bahawa kita sama-sama faham,
tapi jujurnya,
rasa ‘itu’ tak sama,
dan tak akan pernah sama.
kerana itulah,
kita boleh berkongsi, tapi melaluinya?
kita kena kuat melaluinya sendiri.
sebab hati dan perasaan itu,
walau dikongsikan dengan siapa pun,
yang lebih tahu adalah empunya diri dan Ilahi.
makanya,
bila diri sudah TAK tertanggung menghimpun duka dan luka SENDIRI.
ketahuilah bahawa Rabbi masih setia menanti.
DIA biar awak sendiri,
bukan untuk suruh awak handle semua pain tu sendiri,
tapi untuk awak kembali pada DIA.
~ may Allah bless ~
"(Source: quotethat, via nurizzatulilya)